Apa Itu Reverse Osmosis?

Anda mungkin biasa lihat dan dengar tentang air RO tetapi tahukah anda apa itu RO?
RO iaitu Reverse Osmosis atau Osmosis Berbalik adalah suatu teknologi pemurnian air yang paling moden. Ia menggunakan semi permeable membran  yang sangat efektif untuk mendapatkan kemurnian air serta mampu membersihkan air hingga 95-99% dari segala pencemar yang terkandung di dalamnya.


Osmosis Berbalik  adalah penerapan tekanan pada sisi larutan yang mempunyai kepekatan/ konsentrasi tinggi. Larutan akan mengalir dari kepekatan yang lebih tinggi menuju larutan yang lebih rendah kepekatannya hingga mencapai keseimbangan kepekatan/ konsentrasi.

Dengan kata lain, menggunakan teknologi Reverse Osmosis ini, sebarang jenis air sama ada PDAM, air sumur, air payau ataupun air laut boleh disaring dan dapat menghasilkan air murni 99%. Perbezaan utamanya  terletak pada sedikit atau banyak air yang terbuang dari proses ini. Semakin bagus kualiti air masuk, semakin sedikit air buangnya. Begitu juga sebaliknya, semakin rendah kualiti air yang masuk, semakin banyak air buangnya.


Teknologi Reverse Osmosis ini telah digunakan untuk menyaring air laut menjadi air murni sejak tahun 1970. Di Amerika ia sudah lama digunakan untuk kawasan perumahan. 

Selain itu Reverse Osmosis juga digunakan dalam proses campuran air untuk penghasilan makanan dan minuman (Ref. Wikipedia). Terdapat juga pengusaha akuarium  yang menggunakan Reverse Osmosis sebagai filter air dan juga untuk meningkatkan pertumbuhan ikan.
Gambar Mesin Reverse Osmosis. Mesin ini digunakan untuk merawat air dengan cara menyuling dan menapis mengikut peringkat sehingga terhasil air RO yang menepati kehendak piawaian.